Penubuhan Parti Keadilan Nasional

KeADILan diasaskan daripada daripada gelombang Reformasi yang melanda Malaysia selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Pada waktu itu, terdapat dua gerakan rakyat ditubuhkan:

Penubuhan GERAK dan GAGASAN bukanlah untuk menyokong Anwar Ibrahim semata-mata, tetapi memberi perhatian kepada ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia ketika itu yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad[1].

Pada awal Disember 1998, pendukung reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.[2] Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).[3] Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Parti KeADILan Nasional telah dilancarkan pada 4 April 1999.[4]

Ahli Jawatankuasa pertama

Jawatankuasa Pertama Parti pada April 1999
JawatanNamaJawatanNamaNama
PresidenDatin Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailAhli JawatankuasaDr Mohd Nor NawawiDr Halili Rahmat
Timbalan PresidenProf Dr Chandra MuzaffarDr Ng Lum YongIrene Fernandez
Naib PresidenDato' Sheikh Azmi AhmadGoh Keat PengSaifuddin Nasution Ismail
Marina Mohd YusofSahri BahariDr Ismail Hamid
Chua Tian ChangJohari AbdulDr Mansor Othman
Setiausaha AgungMohd Anuar Mohd TahirKhalil Shah JamaluddinDr Ghazali Basri
BendahariUstaz Ramli IbrahimZainur ZakariaMohamad Rafie Abd Malek
Ketua PeneranganRuslan KassimOmar JaafarKahar Ahmad
Ketua PemudaMohamad Ezam Mohd NorDr Abdul Wahid Ahmad SuhaimeNik Aziz Nik Hassan
Ketua WanitaNell Onn[5]Yusuf Abdul RahmanAbdul Rahman Yusof
Naib Ketua PemudaMustaffa Kamil Ayub
Naib Ketua WanitaFuziah Salleh

Rujukan

WikiPedia: Parti Keadilan Nasional http://www.usyd.edu.au/riap/pubs/papers/rodan.htm http://www.agendadaily.com/A-Kadir-Jasin-Other-Tho... http://www.indianmalaysian.com/sound/modules.php?n... http://www.limkitsiang.com/archive/1999/Oct99/sg20... http://web.amnesty.org/library/Index/ENGASA2800620... http://web.amnesty.org/library/Index/ENGASA2802719... https://aliran.com/oldsite/ms990922.html https://web.archive.org/web/20060607215526/http://... https://web.archive.org/web/20061027033717/http://... https://web.archive.org/web/20061108230207/http://...